Hiburan
Sebab Mereka Banyak Bantu Dalam Kerjayanya, Ini Inisiatif Neelofa Bantu Warga Utusan
Semoga dipermudahkan segala urusan syarikat ini..
Published
4 months agoon
By
Kool FMSejak semalam, kebanyakan platform media sosial dibanjiri dengan berita kurang senang berkenaan dengan sebuah syarikat percetakan yang dikatakan sedang mengalami kegawatan.
Bagaimanapun, pelakon dan pengacara Neelofa memaklumkan dia turut terkesan dengan perkara yang berlaku terhadap syarikat berkenaan yang bakal ditutup kerana tidak mampu untuk membayar gaji pekerjanya.
Menerusi satu ciapan dilaman Twitter miliknya Neelofa menyatakan perasaannya luluh apabila mendapat tahu keadaan syarikat itu.
Devastated to hear about the current state of Utusan, diorang banyak bantu career Lofa dari awal. So, I want to return the favour. Kalau korang kenal anyone from HR or any companies looking to hire, drop the details below! https://t.co/PWnLOcn7PN
— Neelofa (@Neelofa) August 19, 2019
Sementara itu, Neelofa turut berharap usahanya bukan sahaja dapat membantu warga Utusan tetapi juga sesiapa yang sedang mencari pekerjaan.
I'm sure ramai yang tengah cari kerja baru jugak, don't worry this is open to everyone. Anyone yang nak apply, feel free to look through these replies. Hopefully dengan kerjasama semua, we can help them find another job as soon as possible!
— Neelofa (@Neelofa) August 19, 2019
Pada hari Jumaat, 23 Ogos ini juga, pihak Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) NSTP akan melancarkan kutipan berbentuk wang tunai, dan barangan keperluan seperti beras, minyak, gula, pampers, susu dan sebagainya.
Ia akan berlangsung di Driveway Balai Berita, Jalan Riong Bangsar, dari jam 10 pagi hingga 4 petang.
You may like
-
Drama Adellea Sofia Lakonan Mira Filzah Temui Penonton 7 Malam Ini!
-
Minggu Pertama Ejen Ali The Movie Cecah RM13 Juta!
-
Emma Stone Kongsi Foto Cincin Tunang
-
“Dalam 2 Hari Ni Barulah Nampak Senyum, Boleh Bergurau Balik” – Saharul Ridzwan
-
Kongsi Video Berqasidah, Alunan Suara DS Siti Dipuji Peminat
-
Penyanyi Lagu Memori Cinta Luka Pulang Ke Rahmatullah