Home > #CeriteraKool > Search Tampil Dengan Album Terbaru!

Band rock terkenal tanah air, Search semalam tampil dengan album terbarunya yang berjudul “KATHARSIS” khas buat para peminat selepas 11 tahun menyepi.

Dengan mengekalkan genre “rock & roll’, album terbitan M.Nasir yang turut memuatkan single “Sidang Kangaroo” ini diharapkan mampu memenuhi citarasa tiga generasi.

Komposer terkenal itu turut menjelaskan lagu “Sidang Kangaroo”, bermaksud perbicaraan mahkamah tidak adil bagi mencerminkan sensitivitinya mengenai isu global.

“Kehidupan ini adalah keseluruhan, bukan khusus untuk menyatakan sesuatu. Kalau ada berlaku sesuatu komuniti bangsa satu negara.

“Banyak yang berlaku begitu (di luar negara).Kita sensitif perkara yang berlaku sekarang dan situasi kita,” katanya.

Sementara itu, vokalis Amy Search berharap pembaharuan yang diserap melalui album ke-12 ini akan diterima peminatnya.

“Album ini istimewa dan untuk tiga generasi. Sebenarnya ini adalah perjalanan baru bagi peminat yang mendengar.

“Mungkin peminat lama fikir lagu ini terlalu moden. Kita tak mahu berada di takuk lama. Kita teroka benda baru,” kata penyanyi yang lebih tiga dekad bertapak dalam industri hiburan itu.

Di bawah label Pawana Music, album Search bakal memuatkan 10 lagu yang turut bekerjasama dengan S. Amin Shabab, Usop dan Buddhi Hekayat bagi penulisan lirik.

Search dijadualkan muncul pada konsert “Gegaran!” anjuran Dcode Dunia Juara di Tapak Bazarena, Shah Alam pada 2 Disember ini yang turut menampilkan band popular Indonesia dan tempatan seperti Nidji, Bunkface dan Hujan.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply