Connect with us
Salam Aidilfitri

Gaya Hidup

“Saya Tak Kisah Masuk Wad Pesakit COVID-19 Tanpa PPE, Mask,” Golongan Antivaksin ‘Ready’ Buktikan Kekebalan

Published

on


Rupanya ketegangan yang berlaku sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini tak hanya berlaku antara selebriti dan netizen atau golongan T20 dan B40. Golongan antivaksin dan doktor juga nak mengambil bahagian. Ceritanya bermula apabila seorang doktor  mencabar golongan antivaksin untuk membuktikan kekebalan.

Dalam satu status di Facebook, seorang doktor dikenali ramai mencabar golongan antivaxx untuk sama-sama bertarung memerangi wabak ini. Status ini mendapat perhatian seorang antivaxx yang berani sahut cabaran doktor tersebut kerana tidak berpuas hati di labelkan sebagai seorang pengecut. Oh no, but why?

Doktor Imelda Balchin membuat kenyataan dengan memetik golongan antivaxx dan doula seorang pengecut apabila tidak berani datang ke wad COVID-19. Kenyataan itu membuatkan individu yang merupakan seorang antivaxx tidak berpuas hati lalu memuat naik status di Facebook miliknya.

Imelda Balchin block saya pastu cakap belakang. Imelda boleh tolong uruskan wad COVID19 mana yang perlu saya masuk. Selesaikan urusan rasmi membenarkan saya masuk. Takat sembang kat komen FB tu bukan jemputan rasmi. Saya akan masuk tanpa sebarang PPE. Hatta face mask.

I will take one month unpaid leave. Compensate me with one month salary, RM15, 000. I will do any job you want me to do there. Even sit and exchange breathing with patient. I’m waiting.

Menurut individu tersebut, dia sanggup cuti sebulan tanpa gaji namun harus dibayar pampasan sebanyak RM15K sebagai gaji sebulan. Dia turut mendakwa doktor Imelda block dirinya di Facebook membuatkan dia tidak dapat menbidas kembali. Tambahnya lagi dia sukarela akan masuk ke wad COVID-19 tanpa sebarang alat atau topeng muka.

Lebih berani, apabila individu ini sanggup buat apa sahaja di wad itu termasuk bernafas bersama pesakit. Status itu turut mendapat perhatian ramai netizen yang terhibur dengan individu antivaxx berkenaan. Memang kebal betul!

Jangan cari penyakit

Bagaimanapun, rata-rata netizen memberikan komen agat golongan anti vaksin ini sudah-sudahlah cari penyakit dan jangan sombong. Yes, jangan sombong!

Dalam tempoh sekarang ini, memang tak kena langsung kalau masing-masing nak tunjuk hero sebab virus ini tak kenal sama ada anda antivaksin, muda, tua atau apa. Tubuh badan semua orang sangat berisiko untuk terkena wabak ini. Benda yang boleh dilakukan sekarang ialah jaga penjarakan sosial antara satu sama lain dan kerap basuh tangan.

Janganlah kita susahkan ramai orang. Kasihanilah mereka yang berjuang di barisan hadapan. Mereka sudah penat bekerja demi kita. Jangan tunjuk hero dan jom simpan perasaan takbur dalam diri dan duduk diam-diam dalam rumah. Okay? Chill.

 

 

Baca juga:

Nak Percaya Bumi Flat, Suka Hatilah. Tapi Kalau Anti-Vaksin Menyusahkan Orang Lain, Saya Kisah- Dr Halina

Petugas Medik Gali Balik Jenazah Pesakit COVID-19 Sebab Orang Kampung Mengamuk!

 

 

 

 

 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement