Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

“Saya Tak Kisah Bawa Watak Orang Gaji atau Hantu Asalkan..” —Mak Jah

Suka tengok dia berlakon dalam drama!

Published

on

“Harta dan barang kemas boleh dicari, tetapi nyawa tiada galang ganti.”

Itulah luahan pelakon veteran, Mimunah Ahmad atau lebih mesra dikenali sebagai Mak Jah yang kini berdepan dengan dugaan apabila disahkan menghidap kanser rahim tahap satu.

Mak Jah menyatakan dia terpaksa menggadai barang kemas untuk membiayai rawatan penyakitnya.

Sehingga kini, Mak Jah belum mampu menebus kembali barang kemas itu, malah dia tidak ralat asalkan kesihatannya kembali pulih.

Image result for maimunah ahmad

“Syukur awal tahun ini baru saya disahkan pulih sepenuhnya. Doktor ada bagi sebiji ubat untuk halang sel kanser daripada aktif semula.”

Ketika disahkan menghidap penyakit itu, Mak Jah mengalami kemurungan selama enam bulan menyebabkan pelakon itu patah semangat dalam hidup dan berkurung serta menjauhkan diri daripada rakan-rakan.

Mak Jah yang membintangi lebih 100 drama dan menjayakan puluhan filem berkata, penyakitnya pulih berkemungkinan kerana berkat doanya ketika menunaikan umrah pada 2017.

Image result for maimunah ahmad

Ibu kepada tiga anak ini kini kembali aktif berlakon, namun menolak untuk menjayakan drama episod atau projek yang ambil masa terlalu lama.

“Saya juga tak kisah ditawarkan apa saja watak sama ada orang gaji atau hantu kerana ia bermakna pengarah percaya saya mampu bawakan watak begini.”

Ditanya sampai bila dia mahu berlakon, Mak Jah mengakui pernah berasa sedih memikirkan perkara itu.

Selain faktor kewangan penting, Mak Jah turut tidak mahu mengharapkan anak-anaknya.

Semoga segala urusan Mak Jah dipermudahkan dan sentiasa diberi kesihatan yang baik..

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement