Home > #CeriteraKool > ‘Saya Redha Dengan Ujian Tuhan’ -Uji Rashid

Selebriti veteran terkenal, Uji Rashid baru-baru ini dilapor perlu keluar dari rumah sewanya di Ampang Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Berita tersebut telah dikongsi oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Menurutnya, dia sempat berbual dengan penyanyi veteren yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air yang datang ke pejabatnya tempoh hari.

Uji ada memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebelum ini dan dia telah dimaklumkan supaya keluar dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.

Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” tulis Noh.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu hadir ke pejabat Noh bagi memohon bantuan rumah PPR.

Turut hadir bersama Uji ke pejabat tersebut adalah anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico serta cucunya.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply