Hiburan
“Saya Percaya Ada Hikmah” Betty Banafe Akui Sudah Bercerai
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga..
Published
5 months agoon
By
Kool FM“Apa yang kami putuskan (bercerai) adalah yang terbaik untuk semua pihak termasuk anak-anak.
Itulah kata-kata pelakon Betty Banafe yang mengakui telah sah bercerai dengan suaminya, Bruce Dargus pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, selepas tujuh tahun berkahwin.
Menurut Betty, keputusan untuk berpisah dibuat selepas lebih setahun hidup berasingan dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.
Tambah Betty, dia tidak mempunyai sebarang dendam terhadap bekas suami dan berharap lelaki itu bertemu kebahagiaan dengan orang yang lebih baik berbanding dirinya.
Dalam pada itu, Betty turut memberitahu hak penjagaan anak-anak masih dalam proses perbicaraan mahkamah kerana bekas suami juga menuntut hak tersebut.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus, 6, dan Bruce Dean Dargus, 4.