Connect with us

Hiburan

“Saya Minta Maaf…” – Aliff Aziz & Bella Bercerai

Bella dan Aliff Aziz sah bercerai talak satu, Aliff turut diarahkan untuk membayar nafkah anak tunggal mereka RM1000 mulai Mei.

Published

on

“Saya tahu orang kata saya bodoh kerana masih setia di sisi Aliff. Tetapi sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai isteri untuk mempertahankan perkahwinan kami.

“Mungkin sampai di sini sahaja jodoh saya dengan Aliff… Semoga Aliff dapat berubah demi anak dan dirinya sendiri.”

Itu reaksi Bella Astillah sebaik selesai prosiding di Mahkamah pada Khamis 16 Mei.

Sumber: Harian Metro

Bella dan penyanyi Aliff Aziz sah bercerai talak satu , dan Aliff turut diarahkan untuk membayar nafkah anak tunggal mereka sebanyak RM1000 mulai Mei.

Menurut Bella, dia berusaha sebaik mungkin menyelamatkan rumah tangga.

Namun, satu persatu kontroversi tercetus membuatkan bebanan tidak mampu ditanggung lagi.

“Saya sendiri pun belum sempurna dan perlu banyak muhasabah diri.”

Sumber Harian Metro

Sementara itu, Aliff pula berjanji memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

“Saya minta maaf kepada semua pihak atas kemelut yang timbul. Apa yang berlaku memberi ruang kepada saya untuk muhasabah diri menjadi lebih baik.”

Ketika  ditanya mengenai kemungkinan rujuk semula dengan Bella, Aliff menyerahkan kepada takdir.

“Biar Allah yang menentukan segala-galanya. Apa yang pasti, saya mahu membetulkan keadaan dan memperbaiki diri. Jujurnya, saya masih cintakan Bella.

Foto Berita Harian

“Saya memohon kepada orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan dan kebaikan untuk Bella dan anak kami, Muhammad Ayden.”

Sumber : Berita Harian

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement