Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

“Saya Mangsa Penipuan,” Lain Pula Jadinya Lepas Bawang Rangers Selidik Biasiswa NASA

Published

on


Siapa yang boleh lupa apabila kita dikejutkan dengan berita gembira anak muda negara kita memperoleh biasiswa daripada National Aeronautics and Space Administration (NASA) di Amerika Syarikat. Kejayaan itu dikongsikan di lama sosial beberapa hari lalu.

Lelaki yang bernama Azhar Ali menciptakan kejayaan yang membanggakan sehingga menarik perhatian banyak pihak termasuklah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bukan itu sahaja, wajahnya disiarkan oleh pelbagai agensi media di Malaysia. Selepas berita itu menjadi viral, terdapat segelintir netizen yang menyiasat kesahihan biasiswa yang diterima Azhar.

Hari ini, Azhar memuat naik status terbaharu di Twitter menyatakan bahawa dirinya telah ditipu. Eh, macam tu pula? Ini kerana, menurut Azhar, emel yang diterimanya itu rupanya palsu dan dia secara tak langsung adalah mangsa penipuan.

Sebelum ini, lelaki itu pernah menyertai pertandingan reka bentuk sut NASA bagi kategori gred sembilan hingga 12. Dua minggu selepas itu, Azhar menerima emel mengatakan dia tersenarai dalam kalangan satu peratus terbaik bagi pertandingan itu menyebabkan dia terus kongsikan berita itu di laman sosial.

Azhar tampil menjelaskan keadaan sebenar bahawa dia sebenarnya hanyalah mangsa penipuan dan tidak akan memohon maaf. Dia juga mengingatkan orang ramai agar tidak memanjangkan spekulasi sehingga boleh menjejaskan perjalanan kariernya.

Bukan itu sahaja,Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut memberi respon terhadap Tweet yang dimuatnaik Azhar supaya akan lebih berhati-hati membuat perkongsian di laman sosial.

Sedih betul kalau kena scam benda yang kita betul-betul berharap kita akan dapat macam biasiswa ini contohnya. Bayangkan punyalah Azhar ini dah buat yang terbaik nak masuk pertandingan sut itu tiba-tiba semuanya hanyalah palsu. Tak apalah Azhar, perjalanan ini masih panjang. Siapa tahu lepas ini jadi orang penting dekat NASA, kan? Selamat maju jaya!

 

 

 

Baca juga:

Ingat Ni Zaman Batu Ke Ustaz Nak Bawa EX5?Bengang Ustaz Ebit Dispekulasi, Anju Buka Mulut

Cara Turunkan Suhu Badan Bila Anak Demam Panas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement