Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

"Saya Mahu Ketenangan Dari Sudut Rohani," Doa Azharina Agar Dirinya Istiqomah

Pada usia ini, saya sudah memiliki segalanya. Apa yang penting sekarang, saya inginkan lebih ketenangan dari segi rohani.

Published

on

Pada usia ini, saya sudah memiliki segalanya. Apa yang penting sekarang, saya inginkan lebih ketenangan dari segi rohani.

Itulah ucapan Azharina Azhar sempena sambutan ulang tahun ke-34 yang diadakan semalam.
Menurut Azharina, walaupun dia kini masih bergelar ibu tunggal, dia bersyukur apabila kebahagiaannya digantikan dengan perkara lain iaitu dua anak angkat lelaki bernama Rahmat Azharin Aziz, 5, dan Redha Azharin Aziz, 2.


Malah, penghijrahannya dengan tampil bertudung baru-baru ini dianggap lembaran baru dalam hidupnya yang menjanjikan lebih kegembiraan.

Harta dunia seperti tas tangan, kasut dan lain-lain itu sudah banyak dan saya bersyukur. Cuma sekarang, saya mahu terus berdoa ditetapkan hati supaya istiqamah dengan penghijrahan ini.

Azharina yang ditemui pada majlis kejutan hari jadi anjuran kelab peminatnya, Azharina Angels berkata, dia bagaimanapun memasang impian untuk memiliki rumah di tepi laut.


Azharina bagaimanapun turut menyatakan, dia memasang impian berkenaan bersama-sama usahanya sendiri susulan anak-anaknya juga gemar dengan laut.
Berkongsi mengenai sambutan hari lahir itu, Azharina berkata, ia kejutan yang menjadi kerana tarikh lahir sebenar pada 11 Mac lalu.
Katanya, sejak awal lagi dia memberitahu pembantu peribadi tidak mahu sebarang majlis sambutan hari jadi diadakan kerana menghormati keadaan bapa angkat yang masih dalam keadaan koma.
Dalam perkembangan lain, Azharina akan menjayakan konsert solonya iaitu Azharina Queen of Soul, yang akan berlangsung pada 29 Jun depan di Shah Alam Royale Theatre.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement