Connect with us

Hiburan

‘Saya Kurang Kasih Sayang…’ – Mamat

Konsert akan tetap diteruskan, Mamat akan ke pusat pemulihan

Published

on

“Mamat masih mempunyai peluang untuk beraksi di Shah Alam pada 28 September ini dan Singapura 5 Oktober depan.”

Itu jaminan penganjur konsert Exists Reunion 2019, susulan kontroversi membabitkan penyanyi itu dengan isu dadah.

Menurut mereka, polis telah memaklumkan, proses melengkapkan kertas siasatan akan mengambil masa dua atau tiga bulan.

Mereka memberi jaminan itu pada sidang media di Bangsar bersempena konsert yang bakal berlangsung di Stadium Melawati dan The Theatre At Mediacorp.

“Kita takkan mengurung Mamat, sebaliknya ia lebih kepada usaha memberikan perhatian terhadap dirinya. Di sini ada ramai kawan yang boleh mengawasi pergerakannya.”

Sebelum ini, Mamat ditahan bersama seorang rakan di Taman Perling, Johor Bahru, kerana memiliki sejumlah dadah.

Ujian saringan awal air kencing turut medapati kedua-dua lelaki itu positif dadah.

Pada sidang media itu juga, Mamat turut memohon maaf terhadap semua pihak, dan menyesali perbuatannya kerana sudah 3 kali dicekup polis.

“Saya akui mengambil dadah kerana kurang kasih sayang. Saya ada anak tetapi menetap bersama bekas isteri. I am alone.”

Menurut Mamat, dia tersalah memilih kawan hingga menyebabkannya berterusan mengambil bahan terlarang.

Mamat juga dilapor akan ke pusat pemulihan sejurus konsert berakhir.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement