Home > #CeriteraKool > “Saya Dan Rizal Tidak Rujuk. Tapi kami…” -Fasha Sandha

“Saya Dan Rizal Tidak Rujuk. Tapi kami…” -Fasha Sandha

Perselisihan faham berhubung dua kes mahkamah antara pelakon, Fasha Sandha dan bekas suami selesai selepas mereka mengambil tindakan untuk berdamai sekaligus menarik semula permohonan injunksi dan komital di Mahkamah Tinggi Syariah di ibu negara hari ini.

Di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abd Karim Wahab, Fasha, 33, menarik semula perintah injuksi yang difailkan pada Mac terhadap Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, 41, kerana didakwa masih mengganggunya.

Sementara itu, di hadapan Hakim Syarie Nasir Abdul Aziz, Jejai menarik semula kes komital berhubung hak lawatan anak dan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isterinya kepada umum berkaitan hal keluarganya.

Kedua-dua prosiding itu berlangsung dalam kamar hakim yang turut dihadiri peguam Zulkifli Che Yong mewakili Fasha manakala Ahmad Badri Idris bertindak sebagai peguam Jejai.

Amin YRA #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Pasangan yang bercerai pada 20 Januari 2016 itu juga bersetuju untuk mematuhi semua perintah asal mahkamah dan semua perintah itu direkod mahkamah.

Dalam pada itu, Fasha Sandha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan dan Jejai memuat naik satu status bergambar di laman Instagram masing-masing bagi mengulas perkara itu dan menjelaskan bahawa penyelesaian secara baik itu dibuat demi masa depan dua anak mereka.

“Alhamdulillah, Tuhan telah berikan petunjuk dan hidayahNya, jalan-jalan kebaikan di antara kami, supaya dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak. Kami amat bersyukur dengan anugerah ini,” katanya.

Assalamualaikum, Buat followers kesayangan . Saya mendapat beribu komen positif melalui semua laman sosial media saya hari ini berkenaan saya dan Rizal. Ingin saya nyatakan disini, saya dan Rizal tidak RUJUK. Kami berdamai dan mendapat penyelesaian secara baik terhadap kesemua kes2 termasuk Hak penjagaan. Saya sebagai Ibu masih kekal menerima hak penjagaan sepenuhnya buat kedua anak2 saya. Saya harap perkara ini jelas. . Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih diatas doa yang baik2 buat saya dan anak-anak. . Juga terima kasih buat Peguam terbaik saya Tuan Zulkifli Yong Azmi & Co. Terima kasih juga kepada Tuan Badri Hj Idris (peguam Rizal) Syukur Alhamdulillah Terima kasih. #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Selepas beberapa jam memuat naik status dan gambar berkenaan, Fasha telah dihujani beberapa reaksi positif termasuk ucapan tahniah daripada netizen.

Fasha kemudian telah memuat naik satu lagi gambar untuk mengulas lanjut tentang statusnya, sekaligus menjawab segala teka-teki orang ramai.

Semoga pembaca semua jelas dengan kenyataan yang diberikan Fasha, dan apa-apa pun, Kool FM tetap akan mendoakan perkara yang terbaik buat Fasha dan anak-anak.

Sumber: Berita Harian

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply