Connect with us

Hiburan

“Saya Akui Tidak Lancar Baca Al-Quran, Sebab Tu Saya…” —Lisa Surihani

Semoga ibadah kita semua pada bulan Ramadan ini diterima..

Published

on

“Saya akui tidak begitu lancar membaca al-Quran, tapi saya cuba untuk belajar dan memperbaiki bacaan dengan membacanya setiap hari”

Itulah luahan pelakon popular Lisa Surihani yang berusaha untuk khatam al-Quran pada bulan Ramadan ini.

Menurut pelakon yang juga isteri kepada penyanyi Yusry Abdul Halim ini, keinginan itu mula timbul selepas melihat abangnya berjaya khatam al-Quran pada Ramadan dua tahun lalu.

Image result for lisa surihani telekung

Jelasnya, perkara itu memang bukan perkara yang senang untuk dilakukan memandangkan sebagai wanita ada sahaja halangan yang menyebabkan dia tidak boleh membaca al-Quran.

Dalam menghayati kalam Allah, Lisa turut memberi penekanan kepada maksud bagi setiap ayat yang dibaca.

“Al-Quran yang saya baca ini agak lengkap kerana ia ada tanda di bahagian tepi yang membimbing pembacanya supaya ia dibaca dengan baik dari sudut hukum dan harakat.”

Tambahnya lagi, dia tidak berkongsi bacaannya di laman sosial susulan tidak mahu netizen terpengaruh dengan bacaannya yang kemungkinan ada kesilapan.

Image result for lisa surihani berhijab

Bagaimanapun, dia sering berkongsi makna yang membawa maksud besar dalam setiap ayat yang dibaca. Selain membaca al-Quran, Lisa juga tidak ketinggalan melaksanakan ibadat sunat.

Pendek kata, sebagai hamba-Nya, Lisa sebaik mungkin cuba meraih seberapa banyak pahala sepanjang Ramadan.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement