Hiburan
"Save Me" Dan "Bidadari", Lagu Terbaru Ismail Izani
Penyanyi yang popular menerusi lagu Luar Biasa Ismail Izani kini melancarkan dua buah lagu terbaru, Save Me dan Bidadari secara serentak khas buat kesemua peminat setianya.
Published
1 year agoon
By
Kool FM
Penyanyi yang popular menerusi lagu Luar Biasa Ismail Izani kini melancarkan dua buah lagu terbaru, Save Me dan Bidadari secara serentak khas buat kesemua peminat setianya.
Sebelum ini menerusi laman Instagramnya, penyanyi yang gemar menggelarkan dirinya ‘Mail’ ini juga sempat memuat naik sebuah video teaser lagu terbarunya itu.
https://www.instagram.com/p/Bo_l0XDlVV9/?taken-by=ismailizzani_
“Yupp! Will be releasing Save me (Audio) and Bidadari (MV) this month! So stay with me alright ” tulisnya.
Untuk pengetahuan semua, lagu Save Me sudah pun boleh didengarkan di laman Youtube dalam bentuk lirik rasmi manakala video muzik lagu Bidadari pula bakal dilancarkan malam ini. .
Dalam pada itu, walaupun lagu Save Me baru sahaja dimuat naik di laman Youtube lewat malam semalam, namun lagu dalam versi bahasa Inggeris itu sudah pun mencecah hampir 100,000 tontonan.
Rata-rata peminatnya juga menyokong Mail menyanyikan lagu dalam versi bahasa Inggeris memandangkan tone suaranya sangat sesuai untuk lagu-lagu sebegitu.
Semoga Ismail Izani terus bekerja keras dalam industri muzik dan berjaya buktikan artis muda sepertinya juga mampu melangkah jauh dalam bidang nyanyian.
You may like
-
Hijjaz Pilih Tomok
-
Drama Adellea Sofia Lakonan Mira Filzah Temui Penonton 7 Malam Ini!
-
Minggu Pertama Ejen Ali The Movie Cecah RM13 Juta!
-
Emma Stone Kongsi Foto Cincin Tunang
-
“Dalam 2 Hari Ni Barulah Nampak Senyum, Boleh Bergurau Balik” – Saharul Ridzwan
-
Kongsi Video Berqasidah, Alunan Suara DS Siti Dipuji Peminat