Hiburan
Sarimah Ibrahim Selamat Lahirkan Anak Sulung!
Tahniah!
Published
5 months agoon
By
Kool FM*Terkini: 19 Julai, 10:25pm
Sarimah Ibrahim mengumumkan nama anaknya sebagai Tunku Sofia Najihah, menerusi sekeping gambar yang dimuatnaik di Instagram.
Sarimah, 40 tahun, menyifatkan kelahiran anak sulungnya itu sebagai hadiah dan rahmat yang tidak ternilai daripada Allah SWT.
“Kami memilih nama Najihah sebagai nama tengah sempena nama nenda suami iaitu Tuanku Najihah. Saya rasa dia kelihatan seperti suami.”
“Terima kasih atas doa dan kata kata semangat anda semua.”
—–
Sarimah Ibrahim menyambut kelahiran anak sulungnya, seorang bayi perempuan hari ini.
Menerusi update dimuat naik di Instagram Story sekitar jam 2 petang hari ini (19 Julai), dia teruja dengan kelahiran itu dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Sarimah mendirikan rumah tangga dengan cucu yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2016.
Menurut Sarimah, kelahiran anaknya yang digelar Tunku X ini bersamaan tarikh kelahiran moyangnya, Almarhum Tuanku Jaafar Almarhum Tuanku Abdul Rahman iaitu pada 19 Julai.
You may like
Click to comment
Advertisement
Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement
Advertisement
Advertisement