Semasa & Hiburan
Sarimah Ibrahim Bersyukur Masih Fasih Bahasa Melayu Walaupun….
Cayalah Sarimah!
Baru-baru ini kecoh mengenai video usahawan Vivy Yusof yang memulakan #malaychallenge, iaitu cabaran untuk bertutur dalam bahasa Melayu sepanjang hari.
Ada netizen yang menyokong, tidak kurang dengan yang mengkritik serta meninggalkan komen berbaur negatif.
Lain pula dengan pengacara popular Che Puan Sarimah Ibrahim yang berkongsi ciapan menerusi laman Twitter miliknya dengan menyuarakan sesuatu.
I was born in Ireland. Studied in sekolah kebangsaan here in Malaysia, Cambridge High School Abu Dhabi, The Emirates International School Dubai,Wesley College, Dublin. I am soo thankful my dad spoke BM to me while overseas so when i came back here in’96 i still could speak it.❤️
— Sarimah Ibrahim™ (@sarimahi) September 2, 2019
Menurutnya, dia berbangga masih fasih bertutur dalam Bahasa Melayu walaupun lama menetap di luar negara.
Jelas Sarimah, perkara itu kerana ketika di sana, ayahnya tetap menggunakan bahasa ibunda.
Isteri kepada kerabat diraja Negeri Sembilan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar itu berkata beliau mengambil masa lebih setahun untuk kembali fasih selepas pulang ke tanah air.
Sarimah turut mendapat pujian ramai atas usahanya, sehingga hantarannya dikongsi lebih 14,000 pengguna.