Connect with us

Hiburan

Sangkar : Filem Epik Yang Bakal Cetuskan Fenomena?

Sangkar bakal menggegarkan pawagam pada 29 Ogos 2019.

Published

on

Tayangan perdana SANGKAR arahan Kabir Bhatia telah berlangsung semalam (Rabu) bertempat di pawagam mmCineplexes, eCurve Mutiara Damansara.

Filem Melayu pertama yang menampilkan Mixed Martial Arts (MMA) itu merupakan kerjasama mega empat penerbit iaitu Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment.

Pasti ada antara anda yang tidak sabar menantikan filem ini kan? Apa yang boleh dijanjikan, jalan ceritanya begitu luar biasa, sengit dan mendebarkan.  Malah, ia mampu memberi impak kepada mereka yang meminati aksi sukan seni bela diri.

Selain memaparkan perjuangan dalam ‘sangkar’, filem yang menjalani penggambaran di sekitar Klang Valley ini juga menerapkan elemen persahabatan, kekeluargaan, keinsafan, kasih sayang serta lawak jenaka yang membuatkan penonton tak kering gusi.

Tonggak utama filem Sangkar Zul Arifin berharap penonton akan terhibur menonton filem aksi ini selain terus menyokong filem tempatan.

“Kita mahu semua yang menonton filem ini berasa seronok dan enjoy. Terima kasih diatas sokongan anda dan diharapkan anda semua terus menyokong filem tempatan,” katanya semalam.

Gabungan hebat pelakon seperti Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah ternyata memberikan lagi ‘jiwa’ kepada filem epik ini.

Antara pelakon lain yang terlibat dalam filem Sangkar adalah Adam Mika, Ray, Fadlan Hazim, Aman Graseka, Carliff Carleel, Andy Teh, atlet peninju profesional MMA sebenar iaitu James ‘Sledgehammer’ Mcsweeney, Niezam Zaidi, Zarul Al-Bakri, Emelda Rosemila, Rashid Salleh dan Peter Davis.

SINOPSIS

Sangkar mengisahkan tentang Adam, seorang pejuang MMA yang angkuh, telah memenangi sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. Apabila dicabar di luar Sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan.

Adam dibelenggu rasa bersalah dan risau kerana Johan tahu bahawa dialah punca menyebabkan kecederaan itu. Tetapi lama kelamaan, Adam secara tidak sengaja telah menjadi sebahagian daripada hidup Johan.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement