Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Sanggup Jual Anak Demi Kereta Idaman

Alice Leann Todd ‘menukar’ anak perempuannya dengan kereta Plymouth Laser 1992 berharga sekitar AS$10,000 (RM41,000).

Published

on

Siapa sangka demi memenuhi impian untuk memiliki kereta idaman, seorang wanita berusia 45 tahun dari Georgia, Amerika Syarikat sanggup menjual anak perempuanya yang berusia dua tahun.

Suspek, Alice Leann Todd dari Thomasville ‘menukar’ anak perempuannya dengan kereta Plymouth Laser 1992 berharga sekitar AS$10,000 (RM41,000).

Kereta itu dipercayai milik pasangan Tina Chavis, 47, dan Vicenio Mendoza, 53.

Perbuatan itu terbongkar selepas Tina membawa kanak-kanak yang mengalami alahan itu ke Hospital High Point Wake Forest Baptist Health.

Kakitangan hospital kemudian menghubungi jabatan perlindungan kanak-kanak yang membawa kepada siasatan polis, selepas mendapati lebam pada badan kanak-kanak itu.

“Alice, Tina dan Vicenio didakwa melakukan penjualan, penyerahan atau pembelian kanak-kanak bawah umur yang melanggar undang-undang.

“Mereka masing-masing ditahan dipenjara sehingga perbicaraan selepas gagal membayar ikat jamin AS$50,000 (RM209,758),” kata kenyataan polis.

Kanak-kanak perempuan itu kini diletakkan di bawah jagaan ahli keluarganya.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement