Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Sandra Dianne Meninggal Dunia

Berita duka ini dikongsikan oleh rakannya, Sufie Rashid melalui laman Instagram miliknya. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Published

on

Awal pagi tadi dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian salah seorang penyanyi Sandra Dianne, yang dilaporkan koma akibat kemalangan baru-baru ini.

Penyanyi berusia 26 tahun itu dikatakan mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu dilaporkan koma dan ditempatkan di unit rawatan rapi di (ICU) Hospital Putrajaya.

Berita duka ini dikongsikan oleh rakannya, Sufie Rashid melalui laman Instagram miliknya.

Minta sedekahkan Al-Fatihah untuk @sandradianneofficial yang telah meninggalkan kita. Selamat pulang ke rahmatullah sahabatku,”

Kemalangan tersebut berlaku ketika pelantun lagu Hey Kau dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani latihan penuh sebuah program nyanyian.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement