Connect with us

Berita

Sambutan Hari Raya Aidiladha, Tidak Boleh Lebih 20 Orang Satu Rumah

Raya, raya juga, SOP kena jaga ya…

Published

on

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban, merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Perayaan ini merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun. 

Sambutan Hari Raya Aidiladha 2016 di Malaysia | Foto | Astro Awani
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan tiada sekatan rentas negeri dan daerah semasa Hari Raya Aidiladha. Beliau menyatakan perkara tersebut semasa Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di Parlimen Malaysia.

Akan tetapi, sambutan perayaan Aidiladha di rumah dihadkan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa. Keputusan prosedur operasi standard (SOP) Aidiladha dan Ibadah Korban itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, selain itu kerajaan memutuskan mengehadkan tidak lebih 10 ekor haiwan korban bagi masjid dan surau, termasuk lokasi korban yang dibenarkan oleh Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Hari Raya Aidiladha - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Had ini tertakluk kepada keluasan lokasi korban dan kerajaan menggalakkan supaya ibadah Korban dilakukan di 28 rumah penyembelihan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan 31 rumah penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan.

Ismail Sabri juga berkata, jumlah kehadiran orang ramai ketika ibadah korban mengikut 20 orang untuk setiap ekor haiwan. Beliau turut menegaskan, individu yang masih dalam proses kuarantin wajib di rumah dilarang sama sekali untuk keluar dari rumah termasuk pulang ke kampung ataupun menunaikan Solat Sunat Aidiladha serta tidak boleh menerima tetamu.

“Jika individu yang memakai wristband kuarantin melanggar peraturan yang ditetapkan, orang ramai diminta untuk melaporkan kepada polis.”

SOP ini terpakai di Wilayah Persekutuan dan boleh diguna pakai oleh Majlis Agama Negeri sebagai rujukan. Untuk maklumat lanjut tentang SOP perayaan Aidil Adha, sila layari laman web www.mkn.gov.my.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement