Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Sambutan Hari Lahir Hampir Membunuh Hanya Kerana Gurauan Tolak Muka Ke Dalam Kek

Gadis tersebut bertuah kerana dia terselamat namun anda mungkin tidak.

Published

on

Hey, sambutan hari lahir tak seronok tanpa gurauan senda seperti mengotorkan muka rakan dengan kek hari lahir yang dibeli. Tapi awas, tindakkan anda untuk bergurau mungkin bertukar tragedi tanpa anda sengajakan.

Baru-baru ini terdapat satu video klip dikongsikan di laman sosial mengenai sambutan hari lahir seorang gadis berusia 16 tahun yang tidak sedarkan diri selepas mukanya ditolak oleh kenalan terdekat ke dalam kek dengan niat untuk bergurau.

 Sumber : Says

Gadis tersebut bertuah kerana dia terselamat namun anda mungkin tidak.

Mungkin ramai tidak tahu, kek yang bersaiz tinggi selalunya mempunyai batang kayu atau plastik di dalamnya untuk menyokong kek tersebut supaya tidak jatuh. Sesetengah pembuat kek menggunakan batang kayu penyokong yang tajam di hujungnya namun ini bergantung kepada cara setiap individu.

Bayangkan muka anda ditolak dengan kuat ke dalam kek tanpa sempat anda mengelak. Batang penyokong kek tajam tersebut pastinya mampu mencederakan muka anda dan paling menakutkan jika ianya terkena bahagian mata anda.  Phew, membayangkannya sahaja sudah membuatkan penulis nyilu.

Peringatakan ini diharapkan dapat membuka mata ramai agar tidak melakukan gurauan yang tidak mendatangkan sebarang faedah itu. Sama ada terdapat batang penyokong atau tidak, tindakkan tersebut pastinya adalah suatu pembaziran. Yela, siapa pula nak makan kek hancur pada muka anda kan? Hiks!

 

 

 

 

Sumber: Facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement