Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Sambut 4 Orang Anak Dengan Baju Yang Sama..” – Eizlan Yusof Timang Cahaya Mata Ke-4

Tanggal 1 Ramadan tahun ini merupakan tanggal yang bermakna buat Datuk Seri Eizlan Yusof dan isteri, Datin Seri Natasha Rosa yang selamat menyambut cahaya mata mereka yang diberi nama ‘Baby ZR’. Memang merupakan satu kenangan yang manis dan pastinya Syawal tahun ini akan menjadi lebih meriah dari sebelumnya.

Published

on

Tanggal 1 Ramadan tahun ini merupakan tanggal yang bermakna buat Datuk Seri Eizlan Yusof dan isteri, Datin Seri Natasha Rosa yang selamat menyambut cahaya mata mereka yang diberi nama ‘Baby ZR’. Memang merupakan satu kenangan yang manis dan pastinya Syawal tahun ini akan menjadi lebih meriah dari sebelumnya.

Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh Eizlan menerusi akaun Instagram peribadi miliknya. Dalam video yang dikongsikan, Eizlan dilihat mengukirkan senyuman gembira dan syukur melihat cahaya matanya yang keempat itu. Dari cara pandang pun dapat dirasa betapa kasihnya ayah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)

Baca juga: “Cheeky Boy, Murah Dengan Senyuman” – Issac Raees Buat Wargamaya Jatuh Hati Lagi

Dalam kapsyen yang disertakan bersama video tersebut, Eizlan memberitahu bahawa isteri dan bayinya berada dalam keadaan yang baik. Eizlan dan Natasha berkahwin pada tanggal 12 Disember 2019 dan ‘Baby ZR’ merupakan cahaya mata mereka yang pertama.

Apa yang lebih menarik, Eizlan turut berkongsikan bahawa dia menyambut kelahiran ketiga-tiga anaknya sebelum ini dengan pakaian yang sama dia pakai hari itu. Ini merupakan satu kenangan dan pengalaman yang tidak dapat diganti..

“Baju ini akan jadi kenangan kerana empat anak saya disambut bersama dengannya”

Fuh, memang wajib simpan baju yang bernilai seperti ini. Kalau ada yang ingin membelinya pun pasti Eizlan tidak akan melepaskan baju yang sarat dengan emosi dan memori ini.

Melalui ruangan komen, dapat dilihat rata-rata mengucapkan tahniah buat Eizlan dan pasangan. Rakan-rakan selebriti dan juga peminat-peminat Eizlan membanjiri ruangan komen dengan rasa gembira.

Kita sama-sama doakan agar Eizlan Yusof dan keluarga berada dalam keadaan yang baik dan semoga ‘Baby ZR’ sentiasa sihat.

Baca juga: “Siap Sebut Nama Penuh” – Nad Zainal Mahu Rahsiakan Jantina Baby Tapi Anak Lelaki Kantoikan

Sumber: Datuk Seri Eizlan Yusof

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement