Connect with us
alt_img>

Hiburan

Salamiah Hassan Berhabis Duit RM1,000 Demi Bubu

Siapa tidak sayang haiwan peliharaan kan? Selain dapat menemani ketika sunyi, haiwan tersebut juga dapat menceriakan suasana dan amat menyeronokkan untuk dimain bersama.

Published

on

Siapa tidak sayang haiwan peliharaan kan? Selain dapat menemani ketika sunyi, haiwan tersebut juga dapat menceriakan suasana dan amat menyeronokkan untuk dimain bersama.

Penyanyi era 1970-an, Salamiah Hassan juga mempunyai haiwan peliharaan dan telah berkongsi kisah sedih tentang kucingnya, Bubu, yang menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang.

Menurut Salamiah, kucing kesayangannya yang berusia 20 tahun itu perlu menjalani rawatan setiap minggu dan dia sanggup berhabis duit sebanyak RM1,000 untuk kos rawatan.

“Setiap pagi, saya akan mengambil darahnya untuk ujian gula sebab ia menghidap kencing manis dan buah pinggang, penyakit yang menyebabkannya menjadi buta. Dalam seminggu, dua kali rawatan dilakukan. Jadi, perbelanjaan kini lebih tertumpu padanya. Biarlah saya ikat perut, janji Bubu cukup makan” katanya.

Penyayang betul kan penyanyi yang popular dengan lagu Gelombang ini! Untuk pengetahuan, Salamiah juga pernah mengeluarkan wang simpanannya untuk merawat seekor anak lembu yang lumpuh selepas sahaja dilahirkan.

“Sekarang, hidup saya banyak dihabiskan bersama kucing kesayangan di rumah. Di dalam kereta pula, wajib tersedia makanan kucing dan anjing. Bukanlah bermakna saya pegang anjing, cuma saya akan memberi makan jika terjumpa mana-mana yang terbiar,” ujarnya.

Namun, Salamiah tidak bercadang untuk memelihara mana-mana kucing lagi selepas ini, ekoran kematian lima daripada enam haiwan peliharaan kesayangannya. 

Apa pun, salute lah kepada Salamiah Hassan yang begitu prihatin terhadap haiwan dan menyayangi mereka seperti anaknya sendiri!

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement