Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Sakit Gigi? Ini Cara Betul Nak Fahamkan Doktor Bagi Memudahkan Rawatan Susulan

Ha macamtu!

Published

on

Sakit gigi merupakan kesakitan yang orang ramai kata sakit yang tidak boleh dibawa berbincang.

Sakit gigi ini kebiasaannya terjadi dalam kalangan mereka yang mengabaikan kesihatan mulut dan sering merupakan penyebab utama mengapa seseorang itu perlu berjumpa doktor gigi.

Tetapi sebelum berjumpa dengan doktor gigi, anda haruslah mengetahui beberapa perkara di bawah ini supaya dapat memudahkan rawatan lanjut:-

(1) SAKIT DI MANA

Kanan, kiri, atas atau bawah. Nyatakan tempat yang sakit itu secara khusus atau sakit itu di kawasan yang luas.

Bonus buat anda jika anda boleh cuba kira gigi ke berapa yang sakit tu.

Di bawah ni salah satu sistem untuk numbering gigi dewasa. Anda perlu berhadapan dengan cermin dan kira.

Image

(2) SEJAK BILA

Perkara ini sangat penting di mana bila anda sakit, anda perlu terus menyemak kalendar.

Image

Paling senang update status di Facebook ataupun di Twitter supaya senang nak track semula! Ingat dah berapa hari atau minggu atau bulan atau tahun.

(3) RASA SAKIT MACAM MANA

Maklumkan kepada dokor tersebut rasa sakit itu seperti mencucuk-cucuk, berdenyut, berlanjutan, ngilu, lenguh, kebas, rasa panas atau sejuk.

Kalau susah nak ingat, anda beritahu padanya contoh terdekat yang seakan-akan menyerupai sakit itu.

(4) ADA SAKIT LAIN TAK LEPAS SAKIT GIGI

Image

Contohnya anda sakit gigi sampai sakit kepala, nak buka mulut susah, telan air liur sakit, muka bengkak sebelah, rahang rasa kebas, bengkak leher atau dagu.

Details guys. Cerita ja semua weh. Kami sedia mendengar nah Smiling face with 3 hearts

(5) KALAU SAKIT, BERAPA LAMA NAK TUNGGU HILANG

Image

3 options jawapan untuk anda iaitu lepas untuk beberapa saat atau minit atau jam. Yang ni tidak perlu details betul-betul berapa lama. Agak-agak bila sakit tu dia kadang-kadang on off ke, tiba-tiba jadi ke atau continous je non-stop sakit tu.

(6) FAKTOR BUAT ANDA SEMAKIN SAKIT/KURANG SAKIT

Image

Contohnya sakit sampai tidak boleh tidur dan lagi sakit bila minum benda manis, panas, sejuk, atau kunyah di bahagian itu.

Kemudian sakit itu hilang apabila tidur atau makan panadol.

(7) APA ANDA BUAT BILA SAKIT

Contoh: kumur air garam atau makan panadol atau makan ubat beli dekat farmasi atau ada pergi klinik lain dah dapat rawatan lanjut tapi masih sakit.

Jika anda ada beli sebarang ubat, bawa ubat berkenaan ke klinik dan ketahui namanya sekiranya anda lupa. Atau ambil gambar ubat tu.

 

Sumber daripada: Twitter Azrimaz

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement