Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Saharul Ridzwan Kongsi Kisah Pertemuan Pada Hari Lahir Isteri

So sweet!

Published

on

Rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya ditangan Tuhan. Jodoh juga adalah satu teka teki dimana individu memang tidak boleh meneka siapa dia, bila ia akan hadir dan dimana akan berjumpa.

Normal bagi setiap pasangan, pasti ada kisah disebalik pertemuan sebelum melangkah fasa seterusnya ataupun ke alam perkahwinan kan?

Ada perkahwinan yang diatur oleh keluarga dan ada juga yang berjumpa sendiri.

Lain pula dengan pelakon Saharul Ridzwan yang popular menerusi drama rantaian Jangan Benci Cintaku yang berkongsi kisahnya bertemu dengan isterinya Deena Emir.

Saharul menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah memuat naik sekeping foto berserta dengan kapsyen menceritakan bagaimana pelakon tersebut boleh berkahwin dengan isterinya.

View this post on Instagram

12 Januari 2016 : Time tu pagi birthday dia, sy dengan nekadnya text dia nak wish bday, nervous sbb dah tak lama betul tak contact dia. Takut2 la dia block no sy kan. LEPAS sy wish "Selamat Hari Lahir Deena", dia terus reply! ๐Ÿ˜† . So saya terus call dia : "Awak dah kahwin?" "Belum" "Ada boyfriend?" "Tak ada" "Sy nak kahwin dengan awak" . Tapi ni lagi best. Lepas kahwin, dia baru cerita dekat saya, pada pagi yang sy call dia tu, dia dengan kawan2 dia, tengah celebrate, then kawan2 baik dia suruh dia doa something sebab birthday dia. Jadi doa dia adalah; "Ya Allah, tahun ni aku nak kahwin, temukanlah jodoh aku". Lepas dia aminkan doa, sy yang call dia. Jodoh kan? ๐Ÿ˜Œ . Selamat Hari Lahir sayang. Terima kasih sudi hidup dengan saya di dunia. InShaaAllah, kita sama2 usaha supaya kita sekeluarga sama2 jugak di akhirat nanti. Amin Ya Rabb. Semoga doa ini di makbulkan juga pada hari kelahiran awak. โค๏ธ @deenaemir

A post shared by Saharul Ridzwan โ„ข (@saharulridzwan) on

Posting tersebut pada awalnya dituju khas sempena lahir isterinya pada 12 Januari. Saharul kemudian mula bercerita tentang kisah mereka berdua.

“Time tu pagi birthday dia, sy dengan nekadnya text dia nak wish bday, nervous sbb dah tak lama betul tak contact dia. Takut2 la dia block no sy kan. LEPAS sy wish “Selamat Hari Lahir Deena”, dia terus reply!”

Tidak terhenti disitu, Saharul membuat keputusan untuk menelefon Deena bertanya sama ada dia sudah ada kekasih ataupun tidak. Selepas dijawab oleh Deena, Saharul terus mengajak wanita tersebut untuk mendirikan rumah tangga.

Lepas kahwin, dia baru cerita dekat saya, pada pagi yang sy call dia tu, dia dengan kawan2 dia, tengah celebrate, then kawan2 baik dia suruh dia doa something sebab birthday dia. Jadi doa dia adalah; “Ya Allah, tahun ni aku nak kahwin, temukanlah jodoh aku”.

Kapsyen tersebut diakhiri dengan ucapan ikhlas daripada Saharul, selain menyatakan penghargaan buat isterinya.

Terima kasih sudi hidup dengan saya di dunia. InShaaAllah, kita sama2 usaha supaya kita sekeluarga sama2 jugak di akhirat nanti. Amin Ya Rabb. Semoga doa ini di makbulkan juga pada hari kelahiran awak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement