Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Sah! John Cena Sertai Fast & Furious 9

Lamanya nak tunggu 2020…

Published

on

Ada peminat-peminat WWE tak dekat sini? Kalau ada, ini berita baik buat anda, dimana pelakon John Cena telah mengesahkan dia akan membintangi filem aksi kereta, ‘Fast & Furious 9’!

Cena menerusi laman Twitter miliknya menyatakan perasaan teruja untuk menjadi sebahagian daripada barisan pelakon filem franchise itu.

“Untuk hampir 20 tahun, franchise Fast & Furious telah mengembirakan ramai peminat. Ia satu penghargaan kerana dapat sama-sama menyertai franchise dan keluarga ini.”

Berita baik itu disambut dengan ratusan komen positif daripada peminat filem dan Cena sendiri.

Menerusi filem arahan Justin Lin ini, watak Cena masih lagi belum didedahkan, malah filem ini akan berada di pawagam pada 22 Mei 2020.

Terdahulu, Dwayne ‘The Rock’ Johnson merupakan bintang WWE pertama yang berlakon dalam filem itu.

Image result for dwayne johnson

Namun, tiada sebarang adegan pertempuran di antara dua jaguh ini kerana The Rock tidak akan terlibat dalam siri ke-9 ini.

Difahamkan, Vin Diesel dan The Rock tidak lagi ‘sekepala’ selepas Vin Diesel tidak selesa dengan kehadiran Dwayne dalam siri Fast & Furious.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement