Connect with us

Berita

Sabah Kuat Kuasa Larangan Merokok

Sabah kuatkuasa larangan merokok

Published

on

Selepas kerajaan menguatkuasakan larangan merokok seluruh negara bermula 1 Januari lalu, kini giliran Sabah menguatkuasakan larangan sama di premis makanan bermula 1 Februari depan.

Dipetik dari Berita Harian, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata,

“Ia bagi memberi masa yang mencukupi kepada agensi berkaitan dan pemilik premis membuat persediaan melaksanakan peraturan itu Peraturan sama juga dikenakan terhadap pelancong.”

Bagaimanapun, Stephen berkata, kerajaan negeri mengambil tindakan sama dilakukan Kementerian Kesihatan berhubung tempoh enam bulan bagi mendidik orang ramai mengenai larangan merokok.
Menurutnya lagi ,

Bermula 1 Julai, denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga 2 tahun bagi kesalahan melanggar peraturan itu akan dikuatkuasa.


Kepada orang awam:

  • Patuhi peraturan larangan merokok  yang telah dikuatkuasakan di tempat makan

  • Peka dan beri teguran sekiranya terdapat individu lain merokok di tempat makan

  • Jadi mata dan telinga dengan melaporkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia

 
Kepada tuan punya premis:

  • Pamerkan tanda larangan merokok . Kesalahan boleh didenda RM3000 atau penjara tidak lebih 6 bulan jika tidak mempamer tanda larangan

  • Pastikan tiada orang merokok dalam premisnya. Denda maksimum RM5000 atau penjara tidak lebih 1 tahun bagi kesalahan gagal memastikan orang tidak merokok.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement