Home > #CeriteraKool > Ruth Sahanaya Penyanyi Indonesia Pertama Kendali Konsert Solo Di DFP

Ruth Sahanaya Penyanyi Indonesia Pertama Kendali Konsert Solo Di DFP

Penyanyi yang popular menerusi lagu Kaulah Segalanya Ruth Sahanaya kembali ke Malaysia, untuk penganjuran Konsert Ruth Sahanaya-Live At Dewan Filharmonik Petronas yang berlangsung baru-baru ini, selepas 7 tahun menyepi.

Kali terakhir penyanyi  itu hadir ke negara ini adalah pada tahun 2011 menerusi konsert yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Konsert ini sekali gus menjadikan penyanyi berkenaan artis Indonesia pertama mengadakan konsert solo di DFP.

Populariti penyanyi kelahiran Bandung itu mula meledak sekitar 1980-an menerusi lagu Kaulah Segalanya yang mendapat tiga anugerah platinum.

Tempoh tiga dekad menabur cinta dalam industri, Ruth menjadikan persembahan itu sebagai malam untuknya menghargai peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kariernya selama ini.

Saat mengetahui diberi tawaran oleh DFP untuk mengadakan konsert di sini, saya sangat teruja kerana bukan sembarangan orang diberi penghormatan besar sebegini.

Pada persembahan itu, Ruth mendendangkan sebanyak 18 buah lagu popularnya seperti Selamanya, Andaikan Kau Datang, Jangan Buang Waktu, Memori, Merenda Kasih, Ingin Kumiliki dan Tak Ku Duga.

Ia termasuk medley lagu beberapa penyanyi muda lelaki Indonesia iaitu Takkan Terganti (Marcell), Harus Terpisah (Cakra Khan), Panah Asmara (Afgan) dan Kisah Romantis (Glenn Fredly).

 

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply