Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Rumah Tangga Natasha Hudson Berakhir Kali Keempat

Semoga apa yang dihajati Natasha selepas ini dimakbulkan dan dipermudahkan..

Published

on

Rumah tangga pelakon Natasha Hudson sekali lagi dilanda badai selepas pelakon itu memberi bayangan ia sudah berakhir.

Sekalipun enggan mendedahkan punca perceraian, Natasha menjelaskan rumah tangga yang dibina Disember tahun lalu itu dipenuhi dengan penipuan dan permainan mental.

“Ya, saya sudah bercerai dengan talak satu dan sepanjang melalui perkahwinan ini dipenuhi dengan penipuan dan permainan.”

Menurut Natasha, ia turut berkemungkinan disebabkan pelakon itu tidak mahu bercerita tentang kisah silam mengenai perkahwinannya.

Image result for natasha hudson

Menurut sebuah portal hiburan online, Natasha tidak menyatakan tarikh tepat penceraiannya dan bekas suami selain menganggap kemusnahan rumah tangganya itu adalah ketentuan Ilahi.

“Ini adalah titik permulaan baru untuk saya sayang diri sendiri yang sebelum ini tak pernah lakukan. Saya selalu gembirakan orang, sekarang saya ingin fokus pada diri dan pandang ke hadapan.”

Terdahulu, Natasha dan Noor Nashriq bernikah pda 7 Disember lalu.

Sebelum itu Natasha atau Natasha Liana Hudson menikahi Carleed Khaza pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Perkahwinan pertama Natasha ialah pada 2006 dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih yang hanya bertahan selama empat bulan.

Selepas bercerai dengan Mohd Faiz, aktres popular itu berkahwin dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007.

Menerusi perkahwinan yang hanya bertahan selama dua tahun itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement