Semasa & Hiburan
Rumah Diana Amir Hampir Terbakar
Sebagai manusia biasa, kita semua pernah melalui detik cemas akibat kelalaian diri sendiri. Setuju tak?
Sebagai manusia biasa, kita semua pernah melalui detik cemas akibat kelalaian diri sendiri. Setuju tak?
Itulah yang terjadi kepada pelakon Diana Amir apabila rumahnya hampir terbakar dijilat api akibat terlupa menutup api dapur ketika sedang panaskan sup ayam.
Diana menerusi laman Instagram pada Rabu telah berkongsi kejadian tersebut kepada pengikutnya.
Bagaimanapun, Diana bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan berlaku serta mengambil iktibar daripada insiden tersebut supaya lebih berhati-hati di masa akan datang.