Connect with us
Carta Spotlite Kool

Berita

Rujuk TTA Untuk Perjalanan Lebih Selesa Sempena Tahun Baharu Cina!

2 juta kenderaan dijangka menggunakan PLUS

Published

on

Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan dinasihatkan merancang perjalanan mereka dengan mengikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) yang dikeluarkan oleh pihak pengendali lebuhraya PLUS.

Ini bagi mengelak dari terperangkap dalam kesesakan teruk.

TTA terbukti berkesan apabila membantu pengguna menikmati perjalanan selesa dan lancar dan lancar untuk pulang ke kampung dan kembali semula ke ibu kota.

Selain itu ia mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

TTA juga memainkan peranan yang penting dalam membantu mengagihkan trafik di lebuhraya kerana lonjakan jumlah kenderaan di lokasi, dan pada masa sama sering menyumbang kepada kesesakan lalu lintas pada musim perayaan.

PLUS menjangkakan jumlah kenderaan meningkat pada tahap tertinggi pada 22, 23, 24, 27, 28 dan 31 Januari serta 1 Februari.

Tip keselamatan pengguna lebuh raya sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2020:

  1. Rancang perjalanan berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA)

  2. Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan

  3. Jangan berhenti di lorong kecemasan kecuali berlaku kecemasan

  4. Berhenti rehat di R&R atau Hentian Sebelah sekiranya berasa penat atau mengantuk

  5. Pastikan kad tambah nilai mempunyai baki yang mencukupi untuk perjalanan.

  6. Elakkan mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat

  7. Pakai tali keledar

  8. Patuhi had laju yang ditetapkan

  9. Pandu dengan berhemah pada setiap masa

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement