Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

“Rojak” Album Terakhir Faizal Tahir?

Faizal mahu memperlahankan karier seni demi keluarga.

Published

on

Penyanyi yang popular menerusi lagu Bisa Aja Faizal Tahir tampil dengan album baharu berjudul Rojak secara rasmi pada Jumaat lalu.

“Rojak adalah album fizikal terakhir saya. Selepas ini saya tidak akan tampil dengan sebarang album fizikal.

“Saya mempunyai alasan kukuh dan keputusan ini bukan sesuatu yang mudah, tetapi saya tidak menyesal,”katanya.

Menurut Faizal lagi, dia masih akan menumpukan perhatian terhadap penghasilan lagu untuk penyanyi lain dan keputusannya itu bukan bermaksud dia tidak akan tampil dengan lagu baharu.

“Sebenarnya, tidak ada apa yang perlu disedihkan. Saya masih menghasilkan lagu untuk penyanyi lain dan akan tampil dengan projek berupa single.

“Sukar untuk menghasilkan album penuh. Apabila melihat hasil pulangan jualan album tidak memberangsangkan malah tidak berbaloi dengan kos menerbitkan album, saya berpendapat keputusan ini tepat,” ujarnya.

Faizal secara peribadi merasakan album Rojak sangat istimewa kerana ia merupakan perlambangan terhadap kepelbagaian masyarakat di Malaysia yang boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja.

“Judul album ini sebenarnya berbeza. Nama Rojak terpilih ketika proses terakhir mendengar setiap lagu daripada trek pertama hingga akhir bercampur.

“Biasanya, dalam album terdahulu, setiap trek berkait rapat dan mempunyai jalan cerita tersendiri. Selepas berfikir, saya bersetuju untuk meletakkan judul Rojak,” katanya.

Sepanjang lebih sedekad dalam industri, Faizal sempat menghasilkan empat buah album penuh iaitu Aku.Muzik.Kamu (2007), Adrenalin (2010), Faizal Tahir (2013) dan Anatomi (2016).

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement