Connect with us

Memang Kool

RM 1 Juta Nilai Media, 1 Peluang Hebat Untuk PKS

Anda pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana? Ini untuk anda. Rebut peluang yang ada ini!

Published

on

Anda memiliki Perusahaan Kecil & Sederhana? Tutup kedai bukanlah jalan penyelesaian yang terakhir! Mengapa? Zaman sekarang ni zaman serba boleh. Beralihlah ke arah yang lebih kreatif. Anda kena kenal potensi perniagaan anda untuk pergi lebih jauh. Jauh macam mana tu? Jauh lebih bagus dari sebelum ni!

Usahawan Kena Bijak Rebut Peluang Yang Ada

Pengiklanan yang menggunakan syarikat terkemuka sudah semestinya membuahkan hasil yang efektif. Bagaimana nak rebut peluang keemasan ini?

Media Prima Omnia adalah penyedia penyelesaian bersepadu dan juga penyelesaian pemasaran bersepadu yang menawarkan perkhidmatan kreatif di semua platform Media Prima, khusus dalam kempen jenama, majlis dan kandungan kreatif.

Omnia memberi peluang kepada pelanggan untuk memasarkan jenama mereka dalam pelbagai aset media Media Prima, yang merangkumi Rangkaian TV Media Prima (stesen TV percuma ke udara), Ripple (radio, digital dan e-dagang), New Straits Times (media cetak dan digital), Big Tree (pengiklanan di luar rumah), Media Prima Digital & Rev Asia (media digital) dan Primeworks Studios (mencipta dan mengeluarkan kandungan).

Penyelesaian ini membolehkan pelanggan menikmati ketetapan harga yang efisien dan juga memastikan pulangan pelaburan yang lebih baik. Perkhidmatan Omnia pada masa ini merangkumi 98% isi rumah Malaysia, dan 24 juta penonton di semua peringkat umur dan lapisan masyarakat di negara ini setiap hari.

#KitaMalaysia RM1 Juta Nilai Media Untuk PKS Tempatan

Kempen #KitaMalaysia ini merangkumi pakej serendah RM5000, dengan nilai kesuluruhan pengiklanan media iaitu RM1 juta. Wow!ย  Media Prima Omnia juga amat berharap dengan adanya kempen ini dapat membantu anda meluaskan lagi jualan di musim pandemik ini.

Pakej Premium, masing-masing berharga RM10,000, RM15,000 dan RM20,000, menawarkan integrasi yang lebih luas dengan lebih banyak platform untuk lebih banyak peluang supaya orang ramai mengenali jenama anda.

“PKS tempatan memerlukan kesedaran konsisten untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.ย  Kami sebagai Syarikatย  Media terbesar di Malaysia ingin bantu PKS tempatan ini untuk melangkaui jangkaun yang tiada tandingannya di platform kami. Pakej #KitaMalaysia khas pada hari Kebangsaan bagi memperjuang kebebasan dan kehendak kita untuk terus bertahan” kata Pengarah Eksekutif dan CEO Media Prima Omnia Bhd, Datuk Michael Chan.

“Selain daripada PKS, ini juga peluang buat perusahaan besar serta agensi kerajaan untuk sertai kempen ini dan sama sama menyokong usahawan untuk kembali berdiri teguh” tambah Chan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang menarik ini, hubungi kami di [email protected]

*Tertakluk terma dan syarat
Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement