Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Rizalman Kongsi Pengalaman 15 Tahun Jadi Tukang Jahit Pakaian Diraja

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di Kuala Lumpur.

Published

on

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di Kuala Lumpur.
Di kesempatan itu, pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim meluahkan perasaan terharu apabila diberi kepercayaan untuk menghasilkan busana buat baginda Sultan dan isteri, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersempena hari bersejarah itu.

“Sebagai seorang yang sudah bekerja rapat dengan Baginda sekeluarga saya amat gembira dengan pemilihan Sultan Abdullah dan sebenarnya ramai tidak tahu sudah 15 tahun saya mereka busana Baginda dan Tengku Ampuan Pahang,” ujarnya. 

Rizalman memaklumkan beliau pertama kali melihat Tunku Azizah yang juga Permaisuri Agong ketika Baginda muncul sebagai wajah muka depan sebuah majalah pada 19-80 an.
Beliau begitu tertarik dengan pemilihan fesyen Tunku Azizah yang disifatkan sebagai ringkas namun memiliki ciri keistimewaan tersendiri.
Menurut Rizalman lagi, beliau tidak menyangka impiannya untuk menghasilkan pakaian untuk Baginda suatu hari nanti telah menjadi kenyataan dan hubungan akrab mereka kekal sehingga ke hari ini.

“Saya beritahu kepada Baginda kolar bulat dan bahu berkedut adalah lambang dirinya dan sehingga ke hari ini saya masih mengekalkan elemen itu dalam setiap pakaian yang saya hasilkan buat Baginda. Apabila Baginda mengenakan hijab, saya tambah selendang yang menutupi bahagian depan dan rekaan itu saya buat untuknya sahaja” luah Rizalman. 


Dikenali sebagai seorang anak raja yang berjiwa rakyat serta berkebolehan dalam memasak, Tunku Azizah sering turun padang menjenguk rakyat jelata selain menggunakan kebolehan memasaknya itu untuk menjamu mereka.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement