Connect with us

Berita

Ringkasan Pungutan Pingat Emas Sukan SEA 2019 (3 Disember)

Tahniah!

Published

on

Tahniah! buat atlet Malaysia kerana telah berjaya merangkul 7 lagi pingat emas semalam, menjadikan ia 18 pungutan pingat emas secara keseluruhan.

Image

Kontinjen Malaysia menambah pingat emas ke-12 Sukan SEA 2019 menerusi Yeoh Li Tian yang memenangi acara rapid chess semalam. Ini adalah kali pertama skuad catur negara meraih emas di temasya dwi-tahunan itu sekali gus memenuhi jangkaan diletakkan ke atas mereka.

Sementara itu, pasukan luncur ais wanita negara menyumbang pingat emas menerusi acara 3,000 meter berganti-ganti di Pusat Luncur Ais Pusat Membeli Belah SM semalam. Kuartet dibarisi Kynie Chan, Ashley Chin, Anja Chong dan Dione Tan itu mempamerkan prestasi cemerlang dengan catatan masa keseluruhan 4 minit 54.335 saat.

Skuad gimnastik artistik turut meraih satu lagi emas menerusi Farah Ann Abdul Hadi yang mengungguli saingan palang bertingkat wanita dengan mengumpul 12.367 mata. Ini adalah emas kedua peribadi buat Farah pada temasya kali ini selepas dia memenangi acara individu keseluruhan, semalam.

Sukan skuasy pula menyaksikan Addeen Idrakie meraih emas kedua dalam kategori perseorangan lelaki, manakala kategori perseorangan wanita dibolot Rachel Arnold yang menewaskan rakan sepasukan. 

Image

Menerusi acara kekuda pelana, atlet gimnastik artistik, Tan Fu Jie berjaya mempertahankan pingat emas dimenangi dua tahun lalu selepas mencatat 13.967 mata mengatasi tuan rumah Filipina.

Juga, Atlet tenpin boling negara, Timmy Tan menamatkan saingan sebagai pemenang pingat emas selepas mencatatkan 1,334 jatuhan pin. Ini adalah pingat emas ketiga Timmy sepanjang penampilan di pentas Sukan SEA.

 

 

Sumber daripada: Twitter TeamMsia & Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement