Semasa & Hiburan
“Rezeki Takat Tu Je” Alha Alfa Masih Postif Walaupun Kek Perkahwinan Jatuh Berderai
Sporting giler datuk!
Umum mengetahui usahawan kosmetik dan jurusolek Alha Alfa telah selamat ddijabkabul dengan pasangan pilihan hati iaitu Datin Noor Azlin Ismail pada 28 September lalu.
Semalam, majlis resepsi turut diadakan dan disambut dengan penuh gilang gemilang bertempat di sebuah dewan di sekitar ibu negara.
Bagaimanapun, dalam kemeriahan menyambut hari bahagia, ada memori yang tidak dapat dilupakan telah berlaku saat majlis berlangsung, apabila difahamkan kek kahwin lebih kurang lima tingkat jatuh berderai.
Kejadian itu dinyatakan sendiri oleh usahawan tersebut menerusi laman Instagram miliknya.
Dapat diperhatikan, kek bertingkat-tingkat yang dihiasi seakan-akan cermin tinggi itu hilang keseimbangan kerana tertepis semasa sesi fotografi.
Jelas Alha, dia sama sekali tidak marah dengan kejadian yang berlaku walaupun beberapa kali pihak yang membuat kek tersebut memohon maaf atas perkara yang berlaku.
Sebaliknya, kejadian tersebut dijadikan sebagai memori yang tidak akan dilupakan pada hari bersejarahnya bersama isteri dan tetamu yang hadir.
Walaupun tanpa kek kahwin, majlis itu tetap berjalan dengan lancar.. tahniah datuk!