Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Remy Ishak Tak Tolak Ketentuan Jodoh Dengan Bekas Tunang

Beberapa bulan lalu media digemparkan dengan berita pertunangan pelakon Remy Ishak bersama dengan pasangannya Ezza Yusof yang berakhir dengan pengesahan pelakon itu sendiri.

Published

on

Beberapa bulan lalu media digemparkan dengan berita pertunangan pelakon Remy Ishak bersama dengan pasangannya Ezza Yusof berakhir dengan pengesahan pelakon itu sendiri.
Mengaku timbul krisis, Remy bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya wujud orang ketiga dalam hubungan mereka.
Image result for remy ishak putus bertunang

Bukan salah Ezza, dia insan baik. Sebaliknya, isu timbul daripada konflik dalaman saya.

Menurut Remy, tempoh pertunangan dua tahun membuatkan dia sedar diri, selain belum bersedia untuk menjadi suami disebabkan masih banyak perkara yang perlu diperbaiki sebelum memegang peranan sebagai ketua keluarga.
Remy bagaimanapun tidak menolak jodoh jika ditakdirkan hubungan dengan Ezza kembali bertaut.
Image result for remy ishak putus bertunang
Ditanya lebih lanjut mengenai hubungan yang sudah berakhir, Remy enggan membuka mulut terutama mengenai urusan pemulangan cincin pertunangan. Remy menegaskan, ia terlalu peribadi untuk dikongsi bersama umum.

Walaupun tiada jodoh untuk berkongsi hidup bersama, kami masih bekerjasama menjalankan perniagaan bersama. Biarlah masa yang menentukan segala-galanya.

Remy yang mencipta nama menerusi drama rantaian Pujaan Hati Kanda itu mengikat tali pertunangan bersama Ezza pada Mei 2017.
Image result for remy ishak putus bertunang
Status Remy dan Ezza mencetuskan tanda tanya sejak tahun lalu. Namun, tindakan Remy berkongsi video secara langsung yang mendedahkan dirinya solo di Instagram, baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan spekulasi itu.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement