Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

#ReleaseTheSnyderCut Akhirnya Dibebaskan!

Published

on


Kalau korang merupakan salah seorang pengguna media sosial yang kerap aktif di alam maya, mesti korang perasan #ReleaseTheSnyderCut tersebar luas di media sosial selama bertahun-tahun terutama sekali di Twitter. Yang tak berapa faham, #ReleaseTheSnyderCut adalah sebuah gerakan atau movement yang memaksa pihak Warner Bros. untuk menayangkan filem Justice League versi pengarah Zack Snyder.

Filem Justice League yang menampilkan watak Batman, Superman, Wonder Woman, The Flash, Aquaman dan Cyborg ditayangkan pada tahun 2017 hasil arahan Zack Snyder yang pernah mengarahkan filem-filem ternama antaranya Dawn of the Dead (2004), 300 (2006) dan Sucker Punch (2011). Walau bagaimanapun, semasa selesai proses pengambaran Justice League, Zack Snyder terpaksa menarik diri sebagai pengarah disebabkan masalah keluarga, kehilangan anak perempuannya. Tugas Zack Snyder sebagai pengarah diambil alih oleh Joss Whedon yang pernah mengarahkan filem The Avengers untuk menyiapkan filem Justice League sebelum ditayangkan kepada umum.

Selepas ditayangkan pada tahun 2011, Justice League menerima kecaman yang teruk daripada pengkritik filem terutama sekali peminat-peminat sejati superhero DC menyebabkan munculnya sebuah gerakan yang menggunakan #ReleaseTheSnyderCut di media sosial untuk memaksa filem hasil arahan Zack Snyder yang dikatakan lebih mantap, ditayangkan kepada umum. Gerakan #ReleaseTheSnyderCut semakin menerima sokongan padu daripada pelbagai pihak selepas pelakon dalam filem tersebut, Jason Momoa yang memegang watak Aquaman juga menyokong gerakan #ReleaseTheSnyderCut.

Selepas bertahun-tahun peminat sejati superhero DC berjuang melalui gerakan #ReleaseTheSnyderCut, akhirnya Warner Bros. terpaksa akur dengan permintaan ramai dan mengumumkan secara rasmi pada 20 Mei 2020, filem Justice League hasil arahan sepenuhnya oleh Zack Snyder akan ditayangkan kepada umum pada tahun 2021 di HBO Max.

Yang masih lagi tak tahu, HBO Max merupakan sebuah servis tayangan filem dan drama di atas talian terbaru yang memulakan operasi secara rasmi pada 27 Mei 2020, pesaing kepada Netflix, Hulu, Disney+ dan Amazon Prime Video. Buat masa ni, filem Justice League hasil arahan Zack Snyder dikatakan ada kemungkinan akan berdurasi selama 4 jam atau mungkin juga akan dijadikan filem yang dibahagikan kepada beberapa siri. Sama ada berbaloi atau tak gerakan #ReleaseTheSnyderCut berjuang selama bertahun-tahun, sama-sama kita nantikan filem Justice League hasil arahan sepenuhnya oleh Zack Snyder nanti. Kalau nak tengok filem terbaru yang diarahkan oleh Zack Snyder sementara nak tunggu filem Justice League, korang boleh layan dulu filem Army of the Dead, diarahkan oleh Zack Snyder, dijangka akan mula ditayangkan kat Netflix tak lama je lagi.

KATALAKI: Banyak betul benda nak kena subcsribe sekarang ni. Netflix, Disney+ dan macam-macam lagi lah.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement