Connect with us
Kool FM

Berita

RedOne sasar 1.5 juta pelanggan

Published

on


Abdul Fattah (tiga dari kanan) bersama Farid (empat dari kanan) pada majlis pelancaran redCOOP di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Syarikat pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO), RedOne Network Sdn. Bhd. (RedOne) menyasarkan 1.5 juta pelanggan menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Farid Yunus berkata, sasaran tersebut akan disokong oleh pengenalan pelan pra bayar terbaharunya, selain menerusi program redCOOP yang menyediakan peluang kepada sektor koperasi untuk menawarkan produk RedOne kepada ahli pada kadar menarik.

“Kini kami memiliki seramai 1.2 juta pelanggan, namun ia hanyalah untuk segmen pasca bayar. Dengan pengenalan pelan pra bayar kami optimis mampu menarik 300,000 pelanggan lagi sehingga akhir 2020.

“RedOne juga menyasarkan penglibatan 100 buah koperasi dalam program redCOOP tahun hadapan.

“Sektor ini dijangka mampu membawa 500,000 pelanggan baharu untuk RedOne pada 2021, dengan jumlah keanggotaan koperasi kini adalah kira-kira 6.1 juta orang,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran redCOOP di sini semalam.

Turut hadir  Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Majlis sama turut menyaksikan pelancaran dua pelan pasca bayar baharu RedOne yang dibangunkan eksklusif untuk koperasi yang menjadi rakan niaga RedOne di bawah program redCOOP, iaitu Mukmin50+ dan Flexi68+.

Mukmin50+ menawarkan 60 gigabait (GB) data, panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian, kontrak hanya 12 bulan, rebat yuran sebulan dan khairat bernilai sehingga RM12,100 hanya untuk RM50 sebulan.

Flexi68+ yang berharga RM68 sebulan pula memberikan 70 GB data, panggilan suara tanpa had, telefon Vivo 11 percuma atau baucar redMALL sebanyak RM500 dan khairat bernilai sehingga RM12,100 dengan kontrak 24 bulan.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, pihak koperasi wajar memanfaatkan peluang untuk menceburi perniagaan dalam bidang telekomunikasi yang menjana perolehan sebanyak RM23 bilion setahun.

“Sektor koperasi perlu keluar daripada hanya menyediakan perkhidmatan tradisional seperti memberi pembiayaan kepada ahli dan meneroka bidang ekonomi digital dan Industri 4.0,” katanya.

The post RedOne sasar 1.5 juta pelanggan appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement