Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Ratu Kala Jengking Temui Peminat Pada 27 Februari Ini

Tengok trailer dah tahu best cerita ni!

Published

on

Filem yang sebelum ini dikatakan akan menelan kos RM3 juta iaitu Ratu Kala Jengking akhirnya bakal ditayangkan di pawagam pada 27 Februari 2020.

Ratu Kala Jengking diterbitkan oleh A.Aida dan diarahakan oleh Bade Hj Azmi itu diadaptasi daripada satu kisah benar di negeri Johor.

Kisah tersebut menceritakan tentang seorang wanita bernama Cik Siti Aminah Tanah Mahsyur yang mempunyai 99 suami.

“Dia berkahwin dengan lelaki dan pasangannya pasti akan meninggal dunia pada malam pertama kerana dari mulutnya keluar binatang berbisa iaitu lipan dan kala jengking yang akan membunuh suaminya.

Filem berkenaan dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat tanah air termasuk Nadia Brian, Reen Rahim, Ruhainies, Fauziah Nawi, Azrel Ismail, Mas Khan, Fadlan Hazim, Farahdhiya, Eyka Farhana, Raja Azmi, Zul Huzaimy, Datuk Ahmad Tarmimi, Firman dan ramai lagi.

Sementara itu, menurut laporan daripada Harian Metro, Aida turut mengharapkan sokongan peminat terhadap usahanya dan bukan memperlekehkan filem ini seperti reaksi yang diterima oleh beberapa filem lain sebelum ini.

“Menghasilkan filem begini ibarat satu perjudian kerana kita belum tahu citarasa peminat. Namun, saya percaya karya dan skrip yang bagus akan memikat penonton.”

Aida turut tidak menghiraukan kritikan penonton kerana menyatakan dirinya sendiri sudah 30 tahun berada dalam industri hiburan dan itu adalah asam garam yang perlu dilalui, malah Aida akan jadikan kritikan itu sebagai cabaran untuk menghasilkan filem yang bagus.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement