Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Rashidi Ishak, Vanidah Imran Sah Bercerai

Saya minta maaf kerana merahsiakan berita dan maklumat ini. Saya dan Vanidah secara rasmi mengakhiri rumah tangga yang dibina selama 17 tahun di hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Published

on

Saya minta maaf kerana merahsiakan berita dan maklumat ini. Saya dan Vanidah secara rasmi mengakhiri rumah tangga yang dibina selama 17 tahun di hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Itulah pendedahan yang diberi pelakon Rashidi Ishak menerusi laman Instagram miliknya hari ini, sekaligus  merungkai persoalan krisis rumah tangganya bersama aktress Vanidah Imran.
Rashidi turut memaklumkan bahawa perpisahan tersebut berlaku pada 9 Ogos tahun lalu.
https://www.instagram.com/p/BvOdHUAAKp5/
Menurut Rashidi, mereka sengaja merahsiakan perkara itu bagi melindungi dan menghormati perasaan keluarga serta ingin menjaga privasi.

Dari lubuk hati paling dalam, saya ingin berterima kasih kepada anda semua yang selalu menyokong kami terutamanya sokongan anda kepada Vanidah, yang berjaya dalam karier dan kehidupannya.

Pelakon filem Untuk Tiga Hari itu berkata, kegagalan pentadbiran dalam mana-mana institusi adalah disebabkan kelemahan pemimpin dan tidak cekap.

Dalam perkahwinan, keruntuhan rumah tangga adalah kesalahan imam. Saya bukanlah seorang imam yang baik.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua anak iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.
Terdahulu, khabar angin mengenai perceraian pasangan itu diperkatakan sekitar Ogos tahun lalu, bagaimanapun mereka enggan mengulas lanjut.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement