Connect with us

Hiburan

Rashidi Ishak Kini Di Twitter, Taylor Swift Antara Artis Yang Diikuti!

Agak-agak lagu apa yang menjadi siulan Rashidi Ishak ni sampai follow Tay Tay kan?

Published

on

Seperti yang diketahui umum, pelakon Rashidi Ishak kini dalam usaha mempromosikan filem terbaharu lakonannya iaitu Daulat.

Dalam mempromosikan filem berkenaan di laman Instagram miliknya baru-baru ini, dia turut sempat memaklumkan kepada pengikutnya bahawa dia kini telah mendaftar sebagai salah seorang pengguna di laman Twitter.

Lebih menarik, jika diteliti kepada senarai individu yang diikutinya di laman berkenaan, selain meminati sukan dan isu-isu semasa penyanyi Taylor Swift turut menjadi salah seorang individu yang berjaya mencuri tumpuannya!

Agak-agak, apa lah lagu yang menjadi siulan Rashidi sampai dia ikuti perkembangan penyanyi yang popular dengan lagu Teardrops In My Guitar, Love Story, Blank Space, Back to December dan terkini You Need To Calm Down kan?

Dalam perkembangan lain, filem Daulat yang turut dibintangi oleh Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Tony Eusoff, Jasmine Suraya dan Christina Suzanne ini akan ditayangkan pada tahun 2020 di platform penstriman Netflix.

 

Sumber daripada: Instagram & Twitter Rashidi Ishak

 

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement