Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Rashidi Ishak Dihujani Ratusan Mesej Di Instagram Setiap Hari

Baru-baru ini dunia hiburan digemparkan dengan isu perceraian pelakon terkenal Rashidi Ishak dan Vanidah Imran.

Published

on

Baru-baru ini dunia hiburan digemparkan dengan isu perceraian pelakon terkenal Rashidi Ishak dan Vanidah Imran.

Siapa sangka pasangan yang dianggap sweet and loving itu tidak lagi bersama apabila Rashidi mendedahkan mereka sebenarnya telah bercerai pada 9 Ogos tahun lalu.

Sejak umum mengetahui perkara itu, Rashidi juga membuka mulut dia telah menerima lebih 300 mesej di laman sosial Instagram miliknya @rashidi_ishak.

Menurut Rashidi, ramai pengikutnya itu memberi kata-kata semangat dan nasihat yang positif untuk dia meneruskan kehidupan selepas bercerai.

Demi peminat kesayangan, Rashidi juga cuba sedaya upaya untuk membalas semua mesej yang diterimanya itu.

“Saya cuba sedaya upaya membalas mesej-mesej di Instagram kerana ingin menjaga hati peminat-peminat yang banyak menyokong saya.

“Kebanyakkan mesej saya terima banyak memberikan kata-kata semnagat dan sokongan positif dalam keadaan saya yang sebegini,” katanya. 

Oleh itu, Rashidi yang mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan bersama Vanidah turut meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap isu rumah tangganya yang gagal dipertahankan.

“Saya sangat mengahrgainya dan berterima kasih kepada mereka,” ujarnya lagi.

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Pasti apa yang berlaku ada hikmahnya.

Semoga Rashidi kuat dan terus tabah mengahadapi ujian hidup.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement