Hiburan
“Rasa Macam Ada Jin Di Mulut Dia, Buka Mulut Je Sedap,”- Erma Fatima
Bakat suara dimiliki Jamal memang tiada tandingan.
Published
1 month agoon
By
AdiliaKehebatan alunan suara raja pop, Datuk Jamal Abdillah memang tidak dapat disangkal.
Setiap kali dengar, pasti akan meremang bulu roma serta berasa kagum dengan bakat yang dimilikinya itu.
Itulah pendapat sama yang dirasakan oleh pelakon dan pengarah hebat, Erma Fatima ketika menyaksikan persembahan Jamal pada Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) Jumaat lalu, diiringi alunan muzik piano dari Sissy Iman.
Menerusi satu video yang dikongsikan di laman Instagram Erma, suara Jamal yang begitu sedap didengar menyebabkan pelakon drama Mak Cun itu merasakan ada jin di mulut penyanyi berusia 60 tahun itu.
“Satu tiada duanya Jamal Abdillah… Subhanallah…Anugerah Allah. Dulu masa muda2 aku pernah bawa bunga kt RTM nk bg kt dia sbb terlalu minat…bunga aku sampai hilang..tk sempat nk bagi pun 🙈🙈🙈,” tulisnya.
Memang anugerah Tuhan buat Jamal. Persembahannya sentiasa memukau ramai orang. Terbaiklah, Datuk Jamal!
You may like
-
Minggu Pertama Ejen Ali The Movie Cecah RM13 Juta!
-
Emma Stone Kongsi Foto Cincin Tunang
-
“Dalam 2 Hari Ni Barulah Nampak Senyum, Boleh Bergurau Balik” – Saharul Ridzwan
-
Kongsi Video Berqasidah, Alunan Suara DS Siti Dipuji Peminat
-
Penyanyi Lagu Memori Cinta Luka Pulang Ke Rahmatullah
-
Ucapan Keisya Buat Nabila Huda Sempena Hari Jadi Menyentuh Hati