Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Rangka Ditemui Sah Milik Penuntut UITM!

Penuntut Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Raub hilang 9 Julai tahun lalu

Published

on

Rangka yang ditemukan dalam tangki air di Felda Palong 12 di Jempol pada 25 Mac lalu disahkan milik penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Mara Raub, Pahang, Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 22.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim dalam kenyataan berkata ia berdasarkan ujian DNA yang dilakukan terhadap rangka berkenaan.

“Keputusan ini sudah dimaklumkan kepada keluarga mangsa. Ujian DNA memerlukan masa berikutan rangka yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna selain dipercayai sudah berada lama dalam tangki air.”

25 Mac lalu, rangka manusia ditemukan terapung dalam tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di Felda Palong 12 di Jempol, pada 11.30 pagi.

Muhammad Aiman Hakim adalah penuntut tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Raub yang dilaporkan hilang pada 9 Julai tahun lalu.

Sumber: Harian Metro, Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement