Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Sebak… Ramlah Ram Kongsi Memori Bersama Nassier Wahab

Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham.

Published

on

Ramlah Ram ada berkongsi fotonya bersama rakan seperjuangan dalam industri seni, allahyarham Datuk Nassier Wahab di laman Instagram miliknya pada 18 April lalu.

Di ruangan kapsyen, penyanyi lagu Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) itu berkongsi memori terkahir bersama Nassier ketika mereka menyanyikan lagu duet Susah Senang Kita Bersama.

Foto yang dimuat naik Ramlah itu difahamkan diambil pada tahun 2019 ketika menghadiri majlis ulang tahun kelahiran arwah.

Mengakui rindu kepada sahabatnya itu, Ramlah pada masa sama turut mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat.

Pada 5 Disember 2019, seluruh negara dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi terkenal era 80 an itu yang menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada usia 57 tahun akibat kanser gusi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement