Connect with us
alt_img>

Hiburan

Ramlah Ram Bahagia Hidup Solo

Penyanyi  Ramlah Ram mendedahkan dia tidak sesekali menutup pintu hati untuk kembali mendirikan rumah tangga, namun tidak mahu terlalu meletak harapan untuk kembali bertemu jodoh.

Published

on

Penyanyi  Ramlah Ram mendedahkan dia tidak sesekali menutup pintu hati untuk kembali mendirikan rumah tangga, namun tidak mahu terlalu meletak harapan untuk kembali bertemu jodoh.

Selepas hampir sedekad bersendirian, Ramlah Ram hanya mahu memberi fokus kepada sisa kehidupan, kerjaya dan keluarga.

“Saya hanya memikirkan sisa kehidupan, kerjaya dan keluarga. Jauh di sudut hati, saya percaya aturan Allah sudah begitu baik. Saya tidak ralat hidup tanpa pasangan dan zuriat.

“Saya tidak pernah kecewa dengan perjalanan yang Tuhan aturkan. Semuanya ada hikmah yang tersendiri,” katanya.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) itu tidak menolak sekiranya ditakdirkan kembali berumah tangga, jika dipertemukan dengan lelaki yang boleh memberinya kebahagiaan dan berkongsi sisa hidup bersama.

Ramlah juga bahagia dikelilingi ramai anak saudara yang dianggapnya satu pemberian amat berharga daripada tuhan.

“Alhamdulillah, saya mempunyai ramai anak saudara, selain rapat dengan keluarga. Saya percaya, ini nikmat dan pemberian Allah supaya saya tidak hidup dalam kesepian.

“Saya memiliki 20 anak saudara untuk menumpang kasih. Mereka juga sudah seperti anak sendiri. Jadi, rasanya kehidupan saya sudah lengkap,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Penyanyi Wanita Popular, Ramlah Ram akan muncul dengan lagu baharu, Masar Cinta ciptaan Allahyarham Suzaimi Soaib.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement