Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Ramai Tak Tahu, Jenis-Jenis Tampalan Gigi Ini Sebenarnya..

Jadi yang mana lebih baik?

Published

on

Dengan teknologi terkini yang berkembang pesat, pelbagai pilihan bahan pergigian ditawarkan di klinik pergigian terutamanya swasta.

Menurut portal myhealth.gov, kajian telah dibuat untuk menghasilkan bahan-bahan pergigian yang lebih menarik dan mempunyai penampilan seperti gigi asal.

Pada masa kini, ramai yang meminta agar tampalan tersebut sewarna atau sama dengan warna gigi, agar gigi kelihatan asli apabila mereka ketawa, bercakap atau tersenyum.

Tapi mesti ramai yang tidak tahu sebenarnya warna tampalan tersebut mempunya jangka hayatnya tersendiri.

Menerusi laman Twitter, pengguna yang bernama Doktor Najib telah berkongsi mengenai perkara berkenaan:-

Warna bahan tampalan ini sebati dengan warna enamel gigi. Doktor pergigian anda mungkin mengesyorkan penggunaan bahan sewarna gigi untuk tampalan gigi hadapan.

Jika lubang di gigi terlalu besar atau gigi tersebut menanggung beban pengunyahan, doktor anda mungkin cadangkan penggunaan bahan tampalan lain yang lebih sesuai.

“Walaubagaimanapun bahan terbaik ialah bahan asal gigi tu sendiri, enamel dan dentin yang Tuhan cipta. Itu pun boleh rosak dan patah, inikan pulak bahan yang manusia buat. Take care of your teeth ya!” tulis Doktor Najib.

Seperti bahan tampalan lain, tampalan sewarna gigi juga diganti sekiranya perlu.

Jika bahagian tepi tampalan telah rosak, bakteria boleh masuk di celah antara tampalan dengan gigi dan menyebabkan kerosakan gigi dan seterusnya boleh merebak ke bahagian lain gigi.

Jadi, lakukanlah pemeriksaan pergigian secara berkala untuk mengesan kerosakan yang mungkin berlaku pada peringkat awal.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement