Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Ramai Tak Percaya, Shah Rukh Khan Versi Temerloh Sebenarnya..

Pulak dah..

Published

on

Pada 14 Julai 2020, tular beberapa gambar yang memaparkan seorang lelaki yang dikatakan mempunyai iras wajah seperti pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan.

Ciapan yang dimuat naik seorang pengguna di laman Twitter itu ternyata mencuri tumpuan masyarakat terutamanya golongan wanita yang teruja akan kekacakan wajahnya.

Bagaimanapun, keterujaan tersebut hanyalah seketika kerana terdapat beberapa individu berjaya ‘membongkar’ wajah sebenar Shah Rukh Khan versi Temerloh itu! Inilah rupa sebenar jejaka tersebut:-

Lelaki yang berasal dari Temerloh, Pahang itu dipercayai bekerja sebagai penebar roti canai di samping bertugas sebagai Ahli Jawatankuasa di sebuah masjid.

Menurut lelaki yang bernama Fendi Ismail itu, ramai masyarakat yang sudah keliru dan bercakap mengenai matanya yang sama seperti Shah Rukh Khan. Ujarnya lagi, ada juga yang membelanja dan memandangnya sejak belakangan ini.

Menerusi Twitter pula, netizen meluahkan perasaan kecewa kerana lelaki tersebut menggunakan aplikasi ‘face app’ untuk mengubah wajah menjadi seperti pelakon berkenaan dan hanya sekadar suka-suka.

 

Lebih melucukan, seorang lelaki muncul di ruangan komen mendakwa Shah Rukh Khan yang diperkatakan tersebut merupakan ayahnya. Lelaki tersebut turut memuat naik foto wajah sebenar ayahnya itu.

Terbaharu, Fendi tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana percaya wajahnya seiras pelakon Bollywood itu. Tambahnya, ianya sekadar hiburan malah memberitahu sejak  foto tersebut tular, ramai orang ingin jadi pengikutnya di media sosial.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement