Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Trending Di Twitter Ramadan Pertama Tanpa Abah

Baru sahaja masuk hari pertama di bulan Ramadan, namun perkataan ‘Raya’ dan ‘Abah’ mula trending di Twitter.

Published

on

Baru sahaja masuk hari pertama di bulan Ramadan, namun perkataan ‘Raya’ dan ‘Abah’ mula trending di Twitter. Bila lihat perkataan tersebut sekali lalu, apa yang ada di minda hanyalah yang manis. Tapi tak sangka kisah-kisah yang dikongsikan wargamaya mengenai ‘Abah’ amat memilukan dan menyedihkan. Kisah di sebalik perkataan Abah, meruntun hati wargamaya pada 1 Ramadan.

Baca juga: “Memang Layak..” – Awie dan AG Terima Anugerah Di Malaysia Prestigious Industry Awards

Melihat daripada carian tweet Abah, rata-rata meluahkan rasa sedih dan rindu kepada bapa mereka yang sudah tiada. Dalam ada yang bergembira dan masih mempunyai keluarga, ramai juga yang membawa hati yang duka, menyambut Ramadan pertama tanpa susuk yang dipanggil Abah.

Sayu rasanya hati melangkah ke bulan mulia yang penuh barakah tanpa Abah, terawih dan sahur tak akan lengkap  dan sama dengan pemergian Abah. Tiada lagi suara yang memanggil dan menegur. Rata-rata wargamaya di Twitter berkongsi rasa menyambut Ramadan pertama tanpa Abah.

Kehilangan orang yang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah lagi-lagi apabila kita tak sempat melakar lebih banyak kenangan indah bersama. Pesanan buat mereka yang masih mempunyai keluarga, hargailah setiap waktu bersama kerana ianya begitu berharga. Apa-apa pun, kita doakan agar kita diberi kekuatan dan titipkanlah doa buat yang telah tiada.

Baca juga: Ismail Izzani Sambut Ulangtahun Ke-21 Pada 1 Ramadan

Sumber: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement