Connect with us

Berita

Rakam Gambar Pemandu Yang Guna Lorong Kecemasan!

Maklumat tepat, lengkap permudah tindakan – Loke

Published

on

Pengguna jalan raya boleh merakam gambar kenderaan yang dipandu di lorong kecemasan sepanjang Op Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri dan menyalurkannya kepada Jabatan Pengangkutan Jalan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, maklumat yang tepat dan lengkap termasuk nombor pendaftaran kenderaan serta lokasi perlu disertakan bagi memudahkan tindakan susulan diambil.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke melakukan flag-off pada Majlis Perlancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan

Bagaimanapun, katanya, orang ramai tiada hak untuk mengambil tindakan sendiri dan perlu menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

“Jika ada pemandu sengaja memandu di lorong kecemasan, kita mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan aduan supaya tindakan dapat diambil.”

Op Bersepadu yang bertemakan Pandu Cermat, Sampai Selamat, bermula 27 Mei sehingga 12 Jun.
Sementara itu, Loke berkata, sempena Aidilfitri ini, Kementerian Pengangkutan mengeluarkan larangan lima hari terhadap kenderaan berat menggunakan jalan raya bermula pada 1, 2, 3, 8 dan 9 Jun ini.

Sumber: Berita Harian/NSTP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement